ads


WELCOME :: MAIN MENU MOVED TO THE BOTTOM OF THIS BLOG

Search This Blog

Tuesday, December 8, 2009

Tiga siswa UM didakwa kes 'bini puaka'

Tiga pelajar Universiti Malaya dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini bagi kes menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Ketiga-tiga mereka Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani didakwa bersama dua lagi pelajar Akademi Pengajian Islam (API) yang telah dituduh lebih awal, Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli.


Kesalahan itu didakwa berlaku pada awal pagi 24 Jun lalu, beberapa jam sebelum Rosmah hadir di dewan kuliah utama API untuk melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin.

Galeri mahkamah penuh sesak dengan anggota keluarga kelima-lima tertuduh dan para pelajar yang hadir untuk menyokong sewaktu tiga mahasiswa itu didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen-sekyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.